HZ Tours

Friday, February 18, 2011

Turkey



                                     Live rates at 2011.02.18 14:50:00 UTC
                      1.00 MYR=0.519864 TRY
Malaysia Ringgits      Turkey Lira
                                1 MYR = 0.519864 TRY     1 TRY = 1.92358 MYR


Dari Lubnan kita ke Turkey lak.... Banyak experience menarik yang tak dapat saya lupakan selama berada di Turkey.... Mula2 sekali nak cerita negara Turkey ni memang besar la. Kalau tengok kat map atas ni pun leh nampak betapa besarnya negara Turkey. Ibu negara Turkey ialah Ankara tapi bandar yang lagi glamour dengan pelancong bandar Istanbul..... Bandar Istanbul mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ianya sebuah bandar yang cantik dan bersih.....setakat ni ada la dua tiga orang jugak yang komen kat saya orang Turkey sangat friendly...Saya sendiri tak nafikan melalui pengalaman saya.....Di Turkey terdapat banyak tempat2 bersejarah.... Kebanyakkan tempat2 pelancongan di Turkey dijaga dengan elok, tu yang asal nak melawat je semua kene bayar.... sampaikan nak ke toilet pun kene bayar, walaupun toilet masjid..... Nilai sara hidup di Turkey lebih tinggi dari di Malaysia....Boleh kata semua benda mahal kat Turkey....

Masalah yang saya hadapi masa kat Istanbul..... orangnya tak boleh berbahasa english dan asal nak pergi toilet kene bayar (tak jumpa yang free)......

Experience yang saya lalui di Turkey :
Perjalanan saya ke Turkey bermula dari Damascus..... Saya menaiki bas dari Damascus ke Antakya (sebuah bandar di Turkey yang berhampiran dengan sempadan syria).....perjalanan mengambil masa selama 8 jam....Dari Antakya saya bertukar bas untuk ke Adana (sebuah bandar) yang mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai di Adana....Saya sampai di Adana lebih kurang pukul 7 pagi....tujuan saya ke Adana untuk melawat rakan Turkey saya yang tinggal di Adana.....rakan saya telah menjemput kami (saya pergi 2 orang) di stesen bas dan terus dibawa ke rumahnya......semasa di Adana kami telah dilayan dengan sangat baik.....mana tak nye makan minum semua orang tanggung......sampai2 kat rumah rakan saya kami dijamu dengan makanan yang begitu banyak sampaikan perut memang penuh sangat2..... walaupun perut dah terlalu penuh bapa rakan saya masih mempelawa kami untuk makan (dia ingat saya tak lalu nak makan makanan mereka)....arab dengan turkey sama je....makan banyak.....setelah selesai makan kami dibawa berjalan2 melihat keindahan bandar Adana.....Kat Adana takde tempat pelancongan sangat la......saya pergi situ pun sebab nak melawat rakan je......Kami meronda sekitar Adana sehingga petang.... selepas selesai berjalan, makan dan sebagainya, saya mintak kat rakan saya untuk pergi membeli tiket bas..... kami cadang nak bertolak ke Istanbul malam tu jugak.....tapi kami dikejutkan lagi, rakan saya cakap tak payah pergi beli sebab dia dah belikan......kami terasa sangat terharu , dah la makan free tiket pergi Istanbul pun free.....Saya memang sangat berterima kasih kepada beliau di atas segala layanan yang telah di berikan......

Kami bertolak dari Adana ke Istanbul dengan menaiki bas...... perjalanan mengambil masa lebih kurang 16 jam (memang letih la)..... sampai kat Istanbul kami tak tahu nak pergi kemana lalu kami tahan teksi dan cakap nak ke ayu sofia ( sebuah muzium yang dahulunya sebuah masjid dan gereja ).... kami ingatkan dekat, alhamdulillah pemandu teksi tu baik..... dia menerangkan kat kami bertapa jauhnya perjalanan dari tempat kami ke ayu sofia..... walaupun macam ayam dengan itik kami dapat jugak memahami message yang nak di sampaikan...... dia menurunkan kami di stesen bot dan menyuruh kami menaiki bot untuk ke seberang supaya perjalanan menjadi lebih dekat dan murah......sungai yang kami nak seberang tu la sempadan antara asia dan eropah.......sampai di sebelah Istanbul eropah kami berjalan2 sekitar bandar dengan berbekalkan map pelancong yang saya beli di sebuah kedai buku di tengah Istanbul..... Semasa di Adana, rakan saya ada memberi contact no. yang boleh saya hubungi untuk tumpang menginap semasa di Istanbul.....Jadi apabila hari dah petang kami pergi mencari tempat yang diberitahu dan menghubungi rakan kepada rakan saya....... rupa2nya dia adalah salah seorang yang terlibat dalam menguruskan sebuah yayasan pelajar2 yang belajar agama di Istanbul.... Dia telah meminta pelajar yang duduk di bawah yayasan mereka untuk menumpangkan kami di rumah mereka.....Selama 2 hari kami di Istanbul, kami tinggal di rumah mereka..... semasa di rumah pelajar tersebut kami diberi makanan dan tempat tidur yang selesa..... seperti yang saya katakan orang turkey memang friendly......

(nanti kita continue lagi cerita pasal experience saya...... letih lak menaip.......seterusnya hari ke2 di Istanbul)

sambung balik.....
Pada hari kedua, kami berjalan2 di sekitar Istanbul lagi tanpa ditemani oleh orang lain sebab budak rumah tu semua busy dengan kelas, jadi kenalah jalan sendiri lagi...... walaupun orang kat Istanbul tak reti cakap english, kami tetap dapat meneruskan perjalanan kami kerana public transport kat Istanbul mudah difahami dan teratur....... Pada malam harinya, kami meneruskan perjalanan kami ke Canakkale (sebuah bandar lain)...... Canakkale ialah bandar Troy (Troy movie hollywood tu).....di Canakkale antara experience yang saya tak dapat lupakan........ Kami sampai di Canakkale dalam pukul 4 pagi jadi memandangkan waktu masih terlalu awal, kami singgah di masjid berdekatan untuk tumpang berehat....... Kami berehat di situ sehingga waktu subuh...... selesai solat subuh, kami dipelawa oleh penjaga masjid untuk duduk bersama minum teh panas.... di pagi hari pada musim sejuk, memang best la minum teh panas.... kami pun join la diorang minum teh, yang masalahnye diorang tak reti cakap english kami pun tak reti cakap turkey jadi kami senyap jela..... tetapi orang tua yang menjaga masjid tu tetap bersemangat nak bercerita dengan kami....... kami pun layan jela orang tua tu bercerita walaupun yang paham hanya satu dua benda je......tu pun tak tau betul ke tak..... lama jugak orang tua tu bercerita ada 30 minit..... kemudian seperti biasa, kami meronda-ronda kawasan bandar Canakkale...... sampai waktu maghrib kami pun mencari masjid yang berhampiran..... memang kami rancang ronda Canakkale sehari je.... jadi sebelum ke masjid untuk solat maghrib kami dah membeli tiket untuk ke Ankara (ibu negara Turkey)...... selesai solat maghrib kami ingin berehat di masjid untuk menunggu sehingga waktu bas ke Ankara...... tiba2 kami didatangi seorang warga turkey, dia adalah seorang bekas askar turkey..... pakcik tu agak tua jugak la dalam lingkungan 60-an...... kami berkenalan dan berborak seketika, apabila kami memberitahu yang kami akan bertolak pada malam tu jugak dia agak sedih kerana tak mengenali kami lebih awal..... dia memperkenalkan kami kepada imam masjid tersebut.... mereka membawa kami ke sebuah kedai kopi..... masuk je ke kedai tersebut semua org memandang ke arah kami dan menyambut kedatangan kami (bukan sebab kami yang datang tp sebab imam)..... kedian kami di bawa meronda2 sekitar kawasan itu...... mereka kalau tak ingin membawa kami berjalan2 di bandar itu jika kami duduk lebih lama..... tapi nak buat macam mana tiket pun kami dah beli..... apabila sampai waktu untuk bertolak kami meminta izin untuk ke stesen bas.... tapi pakcik yang bekas askar tu kata nanti dia jumpa kami di stesen bas..... kami cuba menahannya dari pergi ke stesen bas, sebab tak mahu menyusahkan..... yela kami pun baru kenal dia berapa jam je.....tapi dia kata dia akan datang ke stesen bas...... sampai di stesen bas kami tunggu di kawasan bas kami.....beberapa minit kemudian pakcik tu pun sampai.... dia membawa 2 bekas madu lalu memberikan kepada kami.....katanya madu dari lebah yang dibela sendiri...... kemudian kami naik ke atas bas kerana bas sudah nak bertolak..... yang peliknye pakcik tu boleh menunggu di tepi bas tu sampai bas kami berjalan..... terharu rasanya dengan layanan pakcik tu..... walaupun tak berapa kenal dengan kami, hanya berkenalan beberapa jam dia dah boleh melayan kami sebegitu rupa.......semoga ada umur yang panjang, dapat jumpa pakcik tu lagi.......

(continue lagi pasal experience ni di lain masa.....)

Selepas mula bertolak dari Canakkale, maka bermulalah trip bas yang terpanjang dalam hidup saya....... Saya bertolak dari Canakkale ( dalam peta kat atas dia tulis Troy ) straight ke Damascus Syria dengan kurang dari 6 stop...... Saya bertolak ke Ankara dan tunggu di Ankara selama sejam untuk bertukar ke bas yang lain, kemudian terus ke Damascus dengan beberapa stop pendek....... Saya bertolak malam dan sampai di Damascus malam...... Total perjalanan ada lebih kurang 22 jam....... Nak tau apa perasaan?..... memang tak dapat nak diceritakan macam mana rasanya....... Nak tau cuba anda try sendiri....... Pasti anda akan merasai experience yang tak dapat dilupakan......  hehehe.......Apa2 pun memang 1 trip yang mencabar.......

Cabaran yang dihadapi :
-Tak boleh communicate. Hanya pakai bahasa isyarat.
-Mencari tempat tinggal.
-Hampir2 macam nak kene tipu. Tapi sebab pergi 2 orang, Alhamdulillah member tolong nasihat. Thanks to member yang nasihat.
-Cuaca sejuk
-Takut salah beli tiket ( dah main bahasa isyarat, takut tempat lain nak pegi tempat lain yang dapat )
-Pening sikit ngan duit sebab tak biasa dengan duit Turkey.

ok. :)

Next saya cerita negara lain pulak...... :)

No comments:

Post a Comment