HZ Tours

Tuesday, February 8, 2011

Jordan


Nilai Tukaran Wang : Malaysia dan Jordan


Live rates at 2011.02.15 03:24:00 UTC
     1.00 MYR=0.232469 JOD
    Malaysia Ringgits     Jordan Dinars
    1 MYR = 0.232469 JOD1 JOD = 4.30165 MYR


Hari ni saya nak cerita experience saya berada di Jordan..... Jordan ialah sebuah negara yang bersempadan dengan Arab Saudi, Syria, Iraq dan Palestin. Pelancongan adalah salah 1 sumber utama di Jordan. Jadi tempat-tempat yang berpotensi untuk dijadikan tempat pelancongan memang sangat dijaga. Di Jordan terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, macam Petra, Laut mati, makam2, istana2 lama dan lain2. Petra adalah ukiran bukit yang dijadikan kediaman. bayangkan bukit kat tanah arab, dengan tanah yang keras diorang boleh ukir sampai jadi ruang bilik. Memang 1 kerja yang sangat teliti dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kepada sesiapa yang tak reti berenang tapi nak rasa jadi perenang yang hebat pergi la ke laut mati.....memang gerenti tak tenggelam. timbul je memanjang. Laut mati adalah laut yang termasin di dunia. Tiada hidupan laut yang hidup di laut mati disebabkan oleh kemasinan yang teramat sangat. Laut mati juga dikatakan tempat yang terendah di dunia........... Di Amman, Jordan terdapat sebuah gua yang dikatakan gua tersebut adalah gua Ashabul Kahfi. Ia juga dikatakan gua Ashabul Kahfi yang paling betul menurut bukti2 dan strukturnya jika nak dibandingkan dengan gua Ashabul Kahfi yang terdapat di Syria dan Turkey.

Di Jordan juga tempat dimana terjadinya perang mu'tah. Sesiapa yang ada masa terluang bolehlah melawat makam2 sahabat di Mu'tah (salah satu negeri di Jordan).

Dari experience saya, jika anda ke Jordan lebih baik anda ke Lebnon dan Syria sekali. Kerana dari bandar Amman, Jordan ke Damascus, Syria hanya 4 jam menaiki teksi. Manakala dari bandar Damascus, Syria ke Beirut, Lebnon hanya 3 jam menaiki teksi. Kat sana anda ada 3 pilihan, sama ada menaiki teksi khas yang laluannya Amman-Damascus-Beirut , menaiki bas atau menaiki kapal terbang. tambang teksi khas dari Damascus ke Amman lebih kurang RM60 je satu orang. Sebuah teksi biasanya akan ambil minimum 4 orang. Jadi kalau anda berseorangan kene tunggu la smpai penuh baru teksi tu jalan.

Nilai sara hidup kat Jordan lebih tinggi dari Syria dan Mesir. Kalau nak dibandingkan dari segi matawang pun duit Jordan lagi tinggi. Dari segi kebersihan pun Amman lebih bersih dari Damascus dan Kaherah.

No comments:

Post a Comment