HZ Tours

Thursday, February 17, 2011

Lebanon



                         Live rates at 2011.02.17 15:06:00 UTC
               1.00 MYR=495.893 LBP
       Malaysia RinggitsLebanon Pounds
                    1 MYR = 495.893 LBP1 LBP = 0.00201656 MYR


Ni experience pasal Lebanon lak.... Lebanon atau Lubnan ialah sebuah negara yang bersempadan dengan Syria dan Palestin. Negara Lubnan ni takde la besar. Perjalanan dari Damascus, Syria ke Beirut, Lubnan mengambil masa 3 jam menaiki kereta. Suasana di Lubnan lebih sosial jika nak dibanding dengan Damascus dan Amman. Nilai sara hidup di Lubnan lebih tinggi dari Syria, walaupun mata wangnya lebih kecil. Di Beirut cuacanya tidak berapa sejuk berbanding negara2 jiran, kerana bandar Beirut dikelilinggi bukit bukau tetapi di Lubnan terdapat tempat yang boleh meluncur ais kerana ketebalan saljinya di kawasan-kawasan bukit.

Experience saya semasa di Lebanon :
Saya pergi Lubnan dari syria naik teksi khas. Selepas mengharungi perjalanan 3 jam (tak tau nak cerita apa sebab masa dalam perjalanan kejap tido kejap bangun) sampai la saya di tengah2 bandar Beirut. Semasa di Beirut saya biasanya menetap di sebuah hotel budget dekat je dengan stesen bas charles helou... nama hotel tu talal hotel kalau tak silap... tuan hotel tu memang friendly la.... saya ada dua tiga kali gi Beirut, ni salah satu ceritanya la....masa tu saya pergi Beirut tak tido pun tapi gi jumpa tuan hotel tu untuk tanya information je..... tuan hotel tu layan baik je.... siap offer suh rehat dulu kat lobby dia... memang baik la orangnya.... jadi dah alang sampai nak habiskan masa saya jalan2 la kat tengah2 bandar beirut tu..... bandar Beirut ni lawa jugak la sebab banyak banggunan baru2, permandangan bandar tepi laut, bunyi burung2....... bab tu best sikit la dari Damascus.....

No comments:

Post a Comment