HZ Tours

Monday, February 7, 2011

Suk Hamidi, Damascus, Syria

Ni serba sedikit experience saya tentang Suk Hamidi. Suk Hamidi terletak di tengah2 bandar Damascus. Macam2 benda ada jual kat Suk Hamidi ni. Suk Hamidi ni antara tempat yang wajib dikunjungi la oleh pelancong2 yang datang ke Syria. Kat Suk Hamidi ni jugak ada sebuah kedai aiskrim yang memang glamour sebab banyak pembesar2 negara datang ke kedai ni, nama kedai tu Bakdash. Kalau nak tukar duit pun lebih baik tukar kat Suk Hamidi sebab harga yang diorang ambik biasanya lebih tinggi dari kedai tukaran wang yang berlesen atau bank. Masjid Umawi pun terletak di Suk Hamidi ni. Masjid Umawi ni dulunya gereja semasa zaman pemerintahan rom. Kat dalam Masjid Umawi ni ada makam Nabi Yahya a.s. Bersebelahan dengan Masjid Umawi juga terdapat makam Salahuddin Al-Ayubi...... Alas meja ialah antara barang2 yang biasa dibeli oleh pelancong Malaysia di Suk Hamidi, tetapi bagi saya kepada sesiapa yang datag ke Syria dan berkesempatan ke Halab (bandar kedua terbesar di Syria) lebih baik beli alas meja di Halab kerana di sana lebih banyak pilihan dan harganya lebih murah.

No comments:

Post a Comment